9 KESAN MENDATANGKAN MAUT BUAT MEOW OBESITI

9 KESAN MENDATANGKAN MAUT BUAT MEOW OBESITI - Catzonia

Rasanya meow anda gemuk tak? Jika meow anda mempunyai tulang rusuk yg sukar dirasakan, pinggang tidak kelihatan, perut yg bulat, dan lemak berlebihan yg ketara, mungkin meow tu dah obes la, cik…

Ya, mungkin anda rasa kucing gemuk ni comel kan? Comel tu comel tapi anda kena tahu yg masalah obesiti dalam kucing sama macam bila kita manusia ada masalah obesiti. Ia sangat lah merbahaya buat meow kerana ia membawa banyak masalah kesihatan yg serius.

……………………

❗️❗️9 Risiko Kesihatan Yang Anda Perlu Ketahui❗️❗️

😿 Jangka hayat meow obes tidak sepanjang meow yg berberat badan normal

😿 Beban berlebihan pada sendi, tendon dan ligamen meow dan menyebabkan kesusahan dalam pergerakan badannya

😿 Tekanan darah tinggi. Jantung meow perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke semua tisu badan tambahan

😿 Kencing manis (diabetes)

😿 Masalah pernafasan

😿 Masalah lipidosis hati, penyakit berpotensi maut

😿 Risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit saluran kencing

😿 Risiko pembedahan yang lebih besar kerana kesan obesiti pada fungsi jantung dan paru-paru.

Masalah pendalaman memberi effect yg merbahaya dan meningkatkan risiko overdosis ubat bius.

Lemak berlebihan menyebabkan pakar bedah sukar utk mencapai sasaran pembedahan.

😿 Fungsi imun yg rendah, risiko penyakit kulit berlebihan (pyoderma), risiko sembelit, kembung perut dan mudah mendapat kanser

……………………

🏋️‍♀️Cara-Cara Untuk Dietkan Meow Anda🏋️‍♀️

😸 Langkah pertama dalam mendapatkan meow berat badan berlebihan anda kembali kepada berat badan yang sihat ialah menentukan berat badan yang sihat.

Doktor haiwan anda boleh membantu menilai skor kondisi badan semasa meow anda dan menentukan berat badan idealnya.

Timbang berat badan meow anda sekurang-kurangnya sebulan sekali. Anda boleh guna penimbang berat badan anda sendiri. Timbang diri anda, kemudian timbangkan diri anda memegang meow kemudian tolak berat badan anda sendiri dari jumlah.

😸 Kurangkan kalori dalam pemakanannya.

Ukur berapa banyak makanan yang anda biasa berikan dan bawa maklumat ini kepada doktor vet anda apabila anda membincangkan diet berat badan kucing anda.

Doktor vet anda akan membantu menentukan berapa banyak kalori meow anda sedang makan dan berapa banyak harus dikurangkan.

Bila timbang, sebaik-baiknya kucing anda akan kehilangan tidak lebih daripada 1% berat badan mereka setiap mingu. Kehilangan berat badan yang terlalu ketara melebihi 1% dalam jangka yg pendek boleh membahayakan kesihatan mereka.

😸 Makan makanan diet dalam tin (wet food)

Wet food biasanya mempunyai rendah dalam kalori berbanding jumlah makanan kibbles. Kandungan air dalam wet food membantu meow anda merasa mudah kenyang dan berpuas hati selepas makan tanpa menambah kalori tambahan.

Meow anda pun akan lebih happy makan makanan yg sedap dan mudah kenyang!

😸 Cari produk makanan yg khas untuk “weight-loss”.

Cari makanan yang dilabelkan sebagai “low-calorie”, “light”, atau “healthy weight”.

Bila anda membuat perubahan diet, secara beransur-ansur dari diet lama ke diet baru dengan mencampurkan sedikit demi sedikit makanan baru setiap hari untuk mengelakkan gangguan perut.

😸 Masa untuk bersenam!

Tingkatkan kadar metabolisma meow anda dgn menyediakan mainan yg menggalakkan aktiviti, seperti lampu laser atau mainan berbulu, etc.

Cuba set kan sekurang-kurangnya satu sesi anda bermain dengan meow anda setiap hari. Pastikan rumah anda mempunyai ruang utk meow meneroka, seperti pokok kucing dan sebagainya.

Jika meow anda menikmati suasana di luar rumah, membawanya berjalan-jalan dengan tali (leash) boleh meningkatkan aktiviti fizikal mereka dan meningkatkan penguatan mental. (Pastikan meow anda sudah mendapatkan vaksin sebelum anda expose meow anda luar rumah utk mencegah penyakit berjangkit)

………………….

Kenapa kalau orang obes, kita mengata, tapi bila meow obes kita biarkan? Hmm… Kasihani lah meow yg obes ni. Nak bermain pun susah. Ingat,#CatLivesMatterToo!