KENALI SI MEOW KEMURUNGAN SEBELUM TERLAMBAT

KENALI SI MEOW KEMURUNGAN SEBELUM TERLAMBAT - Catzonia
Adakah meow anda sedang mengalami kemurungan tanpa kesedaran anda?😿

Apakah simptom-simptom nya???😿

Ini adalah antara simptom-simptom yang biasa dikenal pasti sebagai kucing yang mengalami kemurungan:

🐾 Meow Akan Berubah Perwatakan Menjadi Tidak Aktif.

Pergerakan meow dalam kehidupan seharian mereka seperti berlari, melompat bahkan berjalan akan menurun secara mendadak. Mereka lebih gemar duduk dan termenung.

🐾 Meow Sentiasa Kelihatan Dalam Ketakutan

Meow selalu menjauhkan diri dari manusia dan takut bila dipegang mungkin akibat trauma dari kisah silamnya. Mungkin kerana pernah dipukul atau dilayan dengan terlalu kasar sebelum ini.

🐾 Menyendiri Di Kawasan Sunyi Dan Suram.

Pada situasi kemurungan, meow akn lebih sukakan kawasan yang suram (kurang cahaya) contohnya seperti di bawah almari, di bawah meja atau di mana-mana sahaja tempat sempit yang sukar untuk dikesan.

🐾 Selera Makan Menurun.

Kuantiti meow untuk menghabiskan wet food atau kibbles akan menurun. Selera makan mereka akan menurun dan kadang terdapat meow yang hanya akan meminum air sahaja. Keadaan ini adalah amat bahaya.

🐾 Tidak Peduli Akan Keadaan Diri.

Bagi meow yang amat menjaga penampilan diri seperti grooming diri mereka sendiri (jilat bulu), mereka tidak lagi akan melakukan perkara ini.

Bahkan mereka akan lebih gemar berada di tempat buangan najis sendiri. Kedaaan penampilan diri meow akan sangat merosot (bulu gumpal, keadaan bontot yg kotor, dan lain-lain).

🐾 Kencing Merata.

Kedaan ini selalunya akan berlaku kepada meow yang dalam mood mengawan. Ini berkemungkinan berlaku kerana mereka tidak menyukai pasangan terdekat atau tidak mempunyai pasangan langsung.

Tidak boleh mengawan juga boleh menjadi faktor utama kepada kemurungan.

……………………..………….

⚡️Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengatasi kucing yang kemurungan?

Jika kemurungan meow anda boleh dikenalpasti, simptom kemurungan boleh bertambah baik atau dipulih sepenuhnya dengan cara-cara yg betul.

Seorang doktor haiwan atau individu yang berpengalaman dalam tingkah laku kucing boleh membantu dgn cadangan-cadangan seperti dibawah:

✔️ Ubah persekitaran rumah menjadi kurang tertekan untuk meow yang sentiasa takut atau cemas.

Contohnya, kucing yang merasakan terdedah dan tidak mempunyai tempat untuk bersembunyi mungkin akan merasa lebih selamat dengan persekitaran rumah yang mempunyai perabot yang lebih banyak supaya mereka merasa lebih selamat dan merasakan mereka dapat mengawal keadaan di persekitarannya.

✔️ Jadilah peneman meow yang setia. Pujuklah meow anda selalu. Cuba dekatkan diri anda dengan meow dengan cara betul. Manjakannya dengan cara & suara yg lembut untuk dapatkan kepercayaan yang anda tidak akan menyakitinya.

Ia mungkin mengambil masa, tetapi lama kelamaan meow anda akan biasakan diri juga dengan anda.

✔️ Persaingan dalam isi rumah dengan kucing lain juga dapat menyebabkan tekanan kepadanya.

Bergantung kepada keadaan, pemilik mungkin perlu adakan kotak pasir kucing tambahan dan mangkuk makan minum kucing berasingan, atau asingkan meow anda dalam ruang berlainan jika tekanan dan pergaduhan tidak dapat dileraikan.

✔️ Jikalau kemurungan meow anda nampak serius ataupun bertambah kritikal, anda haruslah bawa meow ke vet serta merta kerana mungkin meow anda mengalami gangguan mental yang serius.

Bergantung kepada keadaan, doktor vet mungkin akan berikan ubat yang lebih efektif untuk mengatasi kemurungan meow anda.

……………………..…………

Bukan orang saja tau boleh mengalami depresi! Meow yang comel tu juga boleh murung😿

Sayangi lah meow anda dan ambil berat keadaannya. Jika anda nampak sahaja meow anda bertingkah laku dengan tak normal, tak rugi pun untuk dapatkan info kesihatan kucing dari sumber yang dipercayai ataupun dari doktor haiwan.

#CatLivesMatterToo!

Aromatic Salt Bath - Mandian spa yang dapat menenangkan & mengurangkan tekanan meow.