KUCING AKU GAY?!: PART I

KUCING AKU GAY?!: PART I - Catzonia

Bunyi macam pelik, tapi sebenarnya ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang ada dalam fikiran si bulus yang mengawan sesama jenis kan?

Pernah tiba-tiba nampak kucing jantan panjat kucing jantan lain.Kadang2 sampai kan owner pun keliru betul ke jantina kucing yang dibela tu 😂

Bukan bermaksud nak menyinggung perasaan mana-mana pihak, kami hanya ingin memberi penjelasan kenapa perkara seperti ini berlaku didalam dunia kucing.

1) Naluri & Survival

Semua makhluk hidup boleh sesuaikan mengikut keadaan tertentu. Begitu juga kucing, kucing bertindak balas terhadap rangsangan dalaman dan luaran.

Contoh yang baik ialah tak semua kucing benci air. Mengikut pada situasi, sama ada makanan atau cuaca, seekor kucing boleh berada didalam air sebagai satu cara untuk terus hidup.

2) Rangsangan

Proses mental seekor kucing hanyalah pada rangsangan tubuhnya kerana ianya terhad kepada bau, bunyi, sentuhan, rasa, dan penglihatan. Oleh sebab itu kadang-kadang kucing akan keliru dengan sensasi atau objek yang lain. Kucing jantan akan keliru dengan kucing jantan lain yang sudah disunatkan kerana aroma urine kucing jantan sudah tidak lagi ada pada kucing jantan yang sudah dikembirikan. Oleh itu mereka akan menganggap itu adalah kucing betina.

Naluri kucing bersambung dengan sifatnya. Perubahan dalam alam sekitar dapat mengubah reseptor semula jadi kucing

3) Pilihan Intelek

Kucing tidak mempunyai keinginan untuk menyelesaikan masalah, mereka akan memilih apa yang disukai mengikut keadaan semasa atau persekitaran. Mereka mengikut naluri semata-mata untuk hidup, bukan pilihan intelek seperti manusia. Kadang-kadang rangsangan dalaman atau luaran ini memberi kesan terhadap naluri kucing menyebabkan ada ibu bapa yang membunuh keturunan, memakan anaknya sendiri, dan berlakunya homoseksual.

Kesimpulannya, apabila dua kucing betina atau kucing jantan terlibat secara seksual, ia hanyalah merupakan kekeliruan antara dua deria, bukan homoseksual.

Jadi, pemilik kucing semua tak perlu risau kerana apa yang berlaku sememangnya normal. Nak tahu cara untuk atasi masalah2 akibat dari perkara ini boleh tunggu sambungan article seterusnya…