KUCING MAKAN ANAKNYA SENDIRI?
Pernah tak anda ternampak kucing makan anaknya sendiri atau kucing jantan makan anak kucing yg lain secara tiba tiba? Jika pernah mesti anda merasa panik dan cuba untuk melepaskan anak kucing tersebut daripada dimakan kan?
Dengar macam ngeri tapi ini realiti. Jom kita ketahui 6 SEBAB mengapa kejadian ini berlaku:
🐾 BAU TANGAN MANUSIA
Jika anak kucing yg baru dilahirkan sedang dijilat dan dijaga oleh sang ibu, usah lah anda kerap memegangnya. Ini kerana bau tubuh anak yg baru dilahirkan boleh berubah bau menjadi bau tangan anda.
Elakkan memegang dan biarkan ibu kucing tersebut menjaga anaknya tanpa bantuan. Sang ibu dan pasangan mungkin akan berasa terancam jika bau anaknya berubah lalu akan dipinggirkan atau dimakan.
Disarankan supaya pemilik kucing lebih berhati2 dalam menguruskan ibu kucing selepas bersalin ni, jika terpaksa, disarankan memakai pelapik tangan sebagai langkah berjaga-jaga.
🐾 ANAK KUCING SAKIT / ANTIBODI BADAN LEMAH
Naluri kucing sgt kuat kepada anaknya yg baru lahir. Mereka dapat tahu jika anak yg dilahirkan itu dapat meneruskan kehidupan atau mati dalam masa yang terdekat. Jika mereka mempunyai naluri bahawa anak kucing tersebut sakit, mereka akan memilih jalan utk membunuhnya sahaja. Dgn harapan dapat melahirkan anak yg sihat dan kuat kelak.
Alasan lain, mereka tidak mahu menyia-nyiakan air susunya untuk kucing yg tidak dapat bertahan lama.
Another reason, mungkin mereka tak sanggup untuk lihat anak mereka hidup dalam keadaan sakit dan tidak bermaya. Kucing juga pandai tau! 😍
🐾 RISAU AKAN KESELAMATAN ANAKNYA
Sudah menjadi kebiasaan ibu dan pasanganya mahu melindungi anak mereka dari binatang-binatang buas ataupun kucing yg lalu lalang di sekitar mereka.
Jika mereka merasakan bahawa persekitaran sekeliling tidak aman dan merasakan bahawa susah utk menjaga, mereka akan memilih jalan untuk memakan anak kucing tersebut bagi tujuan melindungi.
🐾 ANAK KUCING YG DILAHIRKAN SUDAH MATI
Sebab yg keempat, yg selalunya terjadi. Kucing akan makan mayat anaknya apabila sudah mati. Ini kerana mereka tidak mahu anak yg lain dijangkiti penyakit.
Oleh sebab itu, jika anda perasan bahawa meow anda melahirkan baby yg sudah tidak bernyawa, segeralah memindahkan anak kucing tersebut sebelum dimakan oleh ibunya. Nanti anda juga yang ngeri…
Min pernah tau, tak pindahkan sebab ingat nak bagi masa utk bersama anak mereka tapi… bila tengok balik, paws dia je yang tinggal 😢
🐾 KESILAPAN PANDANGAN
Kesilapan pandangan kucing jantan yg bersifat pemburu. Sepertimana yg kita ketahui, haiwan sangat innocent dan tidak dilahirkan dengan akal fikiran.
Kesilapan pandangan kucing yg bersifat pemburu yang menyangka bahawa anak kucing comel itu adalah tikus kerana kekurangan sumber makanan.
Punca begini banyak terjadi kepada kucing jalanan kerana mereka terpaksa memburu untuk makan dan hidup.
🐾 KUCING JANTAN BERASA TERANCAM
Kucing jantan bersifat umpama “Raja”, sesetengah dari mereka akan membunuh zuriat kucing lain kerana tidak menerima baka kucing yg sama jantina dengan nya yg mungkin akan menggugat kedudukan mereka utk mengawan satu hari nanti. Mereka juga akan membunuh anak kucing jantan kerana tidak mahu bersaing untuk merebut kawasan dan pasangan.
Itulah antara sebabnya mengapa anak kucing anda sentiasa dialihkan tempat simpanan oleh ibunya setiap masa.
Jika anak kucing tersebut dialihkan, anda tidak perlu risau kerana ibu kucing tahu yg terbaik utk anak mereka. Jika anda terlalu mendesak si ibu untuk duduk di satu tempat sahaja dan sentiasa mengalihkan beliau, dikhuatiri mereka akan stress dan hilang perhatian untuk mengawasi anak-anaknya 😊
Kalau anda sayang meow anda, berikanlah mereka the “space they need” 😽 Don’t worry, mereka tahu sendiri apa yg mereka sedang lakukan😸