KUCING MAKAN RUMPUT MACAM KAMBING?

KUCING MAKAN RUMPUT MACAM KAMBING? - Catzonia

“Dik, tadi mak cik tengok je kucing tu makan rumput kat luar. Lepas tu, dia muntah. Tak apa-apa ke kucing tu? Sakit agaknya tu dik”.

“Ibu, kenapa cat tu makan daun? Bukan cat makan ikan ke ?” .

“Ton, kau tengok kucing tu. Kesian doh dia makan daun. Ni mesti owner dia tak bagi makan cukup sampai kucing tu terpaksa makan daun”.
.
.
Bila terdengar ayat-ayat macam ni, masih ramai sebenarnya yang tidak faham kenapa SI MEOW makan daun ataupun rumput termasuklah pencinta SI MEOW sendiri. Selalunya, SI MEOW akan memuntahkan semula muntah yang bercampur air dan agak melekit sesudah mereka memakan daun.
.
.
Mari AKAK MEOW terangkan sedikit kenapa ye SI MEOW makan rumput atau daun hijau kat korang semua:
.
😽 Sebab yang paling utama SI MEOW nak mengawal “hairball” atau gumpalan bulu dalam perut. Hampir setiap masa SI MEOW akan bersihkan bulu dengan lidah unik mereka.

Orang kata kalau SI MEOW anda selalu rapikan bulu mereka maksudnya SI MEOW sayang anda ketat-ketat. Dan, perasan tak ada cangkuk-cangkuk kecil seperti berus di lidah mereka yang akan menarik bulu mati semasa mereka sedang menjilat. Dan, akan terus ditelan ke dalam mulut.

Bayangkan dah berapa ratus bulu agaknya dalam perut SI MEOW terutamanya yang mengalami masalah bulu gugur yang teruk. Apabila “hairball” dah makin banyak dalam perut, usus SI MEOW boleh tersumbat dan mengakibatkan masalah usus, hilang selera makan dan tidak aktif.
.
😽 Selain itu, untuk memuntahkan semula bahagian makanan yang tidak dapat dihadam seperti tulang. Ini boleh berlaku terutamanya pada SI MEOW “outdoor” ataupun yang liar yang selalunya makan tak menentu.

SI MEOW pasti memakan dengan penuh licin termasuklah tulang-tulang. Oleh sebab tulang itu sukar untuk dihadam, SI MEOW akan memakan daun untuk memuntahkan semula bahagian-bahagian tersebut.

😽 SI MEOW juga agak bijak kerana mereka memakan daun atau rumput untuk mendapat vitamin dan mineral yang terkandung di dalam rumput tersebut.

Kandungan seperti Folik Asid pada rumput dapat membantu pembentukan Haemoglobin, iaitu sejenis protein yang membawa oksigen di dalam saluran darah SI MEOW.

😽 Akhir sekali, SI MEOW memakan daun adalah untuk mengeluarkan cacing parasit yang hidup di dalam perut mereka. Cacing parasit ni selalunya berwarna putih.

Sekiranya, SI MEOW anda mengalami masalah cacing, adalah sebaiknya untuk anda membawa mereka ke klinik haiwan secepat mungkin kerana ia sangat bahaya terutamanya SI MEOW yang masih kecil dalam lingkungan 4 bulan ke bawah.
.
.
Jadi, akak-akak dan abang-abang jangan lupa sediakan pokok berdaun hijau untuk SI MEOW anda tau. Jangan pula sediakan pokok plastik. Dan, yang paling penting pastikan pokok tersebut selamat dari kulat, bahan kimia atau bahan beracun yang boleh memudaratkan. Pokok ini boleh juga didapati di kedai-kedai haiwan.

Jangan lupa juga untuk membawa SI MEOW anda ke klinik haiwan sekiranya apa yang dimuntahkan itu bercampur darah atau mereka kerap kali muntah kerana itu tidak normal buat SI MEOW anda.#CatLivesMatterToo