MAKSUD KUCING SANDAR KEPALA DI DINDING

MAKSUD KUCING SANDAR KEPALA DI DINDING

Perbuatan ini dikenali sebagai “Cat Head Pressing”.

Terdapat beberapa kes gambar kucing yang menyandar kepalanya di dinding diviralkan di media sosial. Saya yakin kebanyakan anda yang aktif di media sosial mungkin melihat topik ini diperbualkan dan sesetengah dari anda mungkin rasa perbuatan meow bersandar pada dinding atau lantai itu comel.

Ada yang membuat komen mengatakan meow itu kelihatan seperti ia “baru putus cinta”. Ya, memang kucing yang melakukan perbuatan ini nampak seperti ia sedang bersedih. Tetapi kes ini sebenarnya lebih berat dari itu. Ia mungkin mengalami kerosakan pada otak.

Meow itu mungkin mengalami:
• Hydrocephalus (Lebihan Cecair Otak)
• Tumor di dalam otak (kanser)
• Strok atau kemalangan vaskular di dalam otak
• Trauma kepala
• Jenis meningitis dan ensefalitis yang radang dan berjangkit

Apa-apa jenis trauma pada kepala atau otak boleh menyebabkan kucing menyandar kepalanya di dinding atau apa-apa objek yang permukaannya rata.

⚡️Apakah tanda-tandanya?

Kucing yang menekan kepalanya pada permukaan rata juga akan dilihat membuat kelakuan yang tidak normal seperti:
• Kerap mengiau yang tidak normal
• Berjalan dalam bulatan secara berterusan biasanya hanya dalam satu arah
• Mereka mungkin dilihat berkelakuan pelik
• Anak matanya akan dilihat membesar dan mengecil secara tidak menentu
• Mereka juga berkemungkinan boleh mengalami sawan

⚡️Apa yang perlu kita lakukan?

Untuk pengetahuan anda, kelakuan kucing menekan kepalanya di dinding adalah masalah yang sangat sirius dan tidak patut diambil ringan. Kemungkinan kesihatan kucing tu dalam keadaan yang kritikal dan tidak dapat dirawati di rumah. Tapi, jangan panik! Jika anda pernah terlihat kucing yang melakukan perbuatan ini, jangan ragu-ragu untuk membawanya ke vet untuk mendapatkan rawatan segera. Jangan lagi fikir meow tu tengah putus cinta je tau! Kesian meow…😿

Jangan lupa, #CatLivesMatterToo!