PEMANDULAN KUCING: KEJAM ATAU HARUS?

PEMANDULAN KUCING: KEJAM ATAU HARUS? - Catzonia

Pemandulan kucing akan memberi kelebihan kepada kedua-dua pihak pemilik dan kucing kesayangan anda.

🐾 Apakah kelebihan memandulkan kucing?
Dapat mengurangkan populasi kucing bagi pemilik yang tidak mampu menjaga kucing dengan jumlah yang ramai.

⚡️Mengelakkan Penyakit
Bagi kucing betina, dengan pemandulan dapat mengurangkan risiko mereka daripada mendapat hormon yang menggalakkan pertumbuhan tumor kanser seperti :

 Cervical Cancer
 Ovarian Cancer
 Mammary Cancer

Secara umumnya, ia dapat menghalang kucing anda daripada mendapat penyakit yang tidak dapat disembuhkan yang merebak melalui proses mengawan ataupun gigitan daripada kucing yang dijangkiti ke kucing yang lain, seperti:

 Feline Leukimia
 Feline AIDS

⚡️Mengurangkan Risiko Kucing Merayau
Kucing yang telah dimandulkan tidak akan merasakan perlu lari dari rumah untuk mencari pasangan, dan ini lebih selamat untuk mereka daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti:

 Dilanggar oleh kenderaan kerena mereka menyeberangi jalan raya atau lebuh raya, di mana sering berlaku sejak akhir-akhir ini di kawasan perumahan kecil
 Jatuh dari balkoni apartment

Dengan memandulkan kucing anda, anda akan dapat mengurangkan mengurangkan kesesakan ini dan mereka akan gembira untuk terus berada di tempat yang selamat dan selesa di atas sofa bersama anda.

⚡️Kebersihan Rumah

Kucing jantan akan berhenti memancut air kencing merata di dalam rumah untuk menandakan wilayah mereka
Kucing betina pula akan berhenti melepaskan cairan tubuh dan menarik kucing jantan lain untuk mencari mereka dan pasangan mereka

……………………..………….

🐾 Bilakah ianya patut berlaku?

Veterinar kucing akan mengesyorkan usia yang sesuai bagi setiap proses pemandulan. Secara amnya, kebanyakan doktor haiwan akan membuat proses pemandulan kucing sekitar usia kematangan seksual kucing tersebut.

……………………..………….

🐾 Adakah Kucing Saya Akan Berbeza?

Mungkin tidak. Setelah pemandulan, kucing anda akan kembali kepada dirinya yang lan dan suka bermain dengan cepat. Yakinlah ia masih merupakan kucing anda yang sama anda kenali dan disayangai.

……………………..………….

🐾 Pemberian Makanan Kepada Kucing Post-Neutering:

Berat badan sesetengah kucing akan naik dengan lebih cepat selepas pemandulan, maka ianya penting bagi memastikan kucing sentiasa aktif dan diberi makan dengan betul. Berikan mereka makanan yang betul yang mengandungi campuran nutrien dan kalori yang tepat untuk membantu kucing anda mengekalkan berat badan yang optimum.
……………………..……………………...

Kaedah pemandulan kucing ini memberi banyak faedah buat kucing yang dimandulkan dan juga tuan kucing juga.

Ya, anda mungkin akan takut untuk membawa kucing kesayangan anda menjalani pembedahan. Malah, kebanyakan pemilik haiwan kesayangan ini percaya bahawa ini adalah tindakan KEJAM kerana menghalang sebahagian daripada sifat mereka.

Sukar untuk diterima, tetapi kekurangan tempat kediaman untuk kucing liar yang sedia ada yang memerlukan perlindungan dan melalui pemandulan, anda boleh membantu mengurangkan populasi kucing yang terlalu banyak dan mengurangkan masalah kucing yang terbiar kelaparan di luar sana.

Oleh itu, kebimbangan anda adalah kecil dan akan bernilai sekiranya anda menganggap risiko yang lebih tinggi daripada penyakit yang tidak boleh diubati, anak kucing yang terbiar dan terlalu banyak, kucing kesayangan anda melarikan diri ke luar rumah dan menghadapi masalah dengan haiwan lain.

Sekiranya anda belum berbuat sedemikian, berbincanglah dengan doktor haiwan untuk memandulkan kucing kesayangan anda jika diperlukan.